|
PENYAYANG menyokong penuh hasrat kerajaan untuk mempromosikan budaya, seni & warisan Malaysia. Menyedari kekangan & kekurangannya PENYAYANG akan hanya memberi tumpuan kepada aspek budaya, seni dan warisan Malaysia yang telah dikenalpasti. PENYAYANG juga akan cuba memberi sokongan kepada initiatif lain bagi mempromosikan budaya, seni & warisan Malaysia.
Misi
Untuk mengembalikan zaman kegemilangan budaya, seni dan warisan Malaysia.
Objektif-objektif
- Untuk megenalpasti aspek budaya, seni dan warisan Malaysia yang dapat dibangunkan dan dipromosikan.
- Untuk menyokong initiatif tempatan dalam mempromosikan dan membangunkan budaya, seni dan warisan Malaysia.
- Untuk melaksanakan program-program yang selaras dengan hasrat Kementerian Kebudayaan, Seni & Warisan bagi mempromosikan & membangunkan budaya, seni & warisan Malaysia.
Program-program:
Semua program dibentuk untuk menyokong program-program Kementerian Kebudayaan, Seni & Warisan. PENYAYANG telah memilih untuk (i) mengembalikan kegemilangan pakaian nyonya kebaya & (ii) mempromosikan industri batik. Pameran bergerak nyonya kebaya sedang diusahakan.
Pergerakkan Malaysia Batik: Ciptaan untuk Dunia sedang melaksanakan program-program untuk mempromosikan industri batik tempatan secara aktif dan agresif
PENYAYANG sentiasa memberi sokongan untuk membantu kegiatan teater tempatan dan ia merupakan antara pengasas Pentas Seni Kuala Lumpur(KLPAC).
PENYAYANG juga memberi sedikit sumbangan kewangan tahunan kepada individu atau organisasi yang terlibat dalam pembangunan budaya, seni dan warisan Malaysia yang memenuhi syarat-syarat tertentu. |