Misi
Untuk menyediakan rawatan perubatan dan ubatan kepada mereka yang memerlukan serta mereka yang menderita kesakitan.

Objektlf-objektif

  • Untuk berkhidmat sebagai kumpulan sokongan di hospital tempatan.
  • Untuk membentuk dan mengurus sekumpulan sukarelawan supaya dapat melaksanakan program-program membantu dan menyokong pesakit secara efisien.
  • Untuk memberi sokongan dan bantuan kepada pesakit serta keluarga mereka.

Program-Program:

Penyayang Pesakit Kanser

Penyayang Pesakit Kanser (PPK) dilancarkan pada 19 Mac 2004 di Hospital Putrajaya. PPK diuruskan oleh sebuah jawatankuasa yang terdiri dari individu yang terpilih. Jawatankuasa ini dipengerusi bersama oleh Pengerusi Yayasan Budi Penyayang Malaysia dan Pengarah Hospital Putrajaya.

Rumah Perantaran
Ini merupakan sebuah pangsapuri 3 tingkat yang terletak di Sepang untuk pesakit kanser dan penjaga mereka. Rumah Perantaran ini adalah khas untuk pesakit-pesakit yang telah dirujuk untuk menerima rawatan lanjutan dari Hopsital Putrajaya dan Pusat Kanser Nilai dari negeri Sabah dan Sarawak.