Selaras dengan hasrat kerajaan Malaysia untuk membentuk sebuah masyarakat penyayang menjelang tahun 2020, Yayasan Budi Penyayang Malaysia telah melaksanakan beberapa strategi untuk memastikan pembinaan masyarakat penyayang tersebut. Usaha untuk membolehkan warga negara menghayati semangat kesukarelawan dilihat sebagai strategi yang efektif.

PENYAYANG percaya budaya sukarela dapat dibentuk dikalangan semua rakyat Malaysia. Seiring dengan kepercayaan ini PENYAYANG telah membentuk dua program iaitu (i) Sahabat Penyayang dan (ii) Kelab Penyayang

Misi
Untuk melaksanakan program-program kearah kewujudan masyarakat penyayang menjelang tahun 2020.

Objektif-objektif

  • Untuk membudayakan semangat kesukarelaan diantara seramai warga Malaysia yang boleh.
  • Untuk memberi peluang kepada warga Malaysia yang ingin menghulurkan khidmat sukarela kepada individu atau organisasi yang memerlukan.
  • Untuk mengalakkan mahasiswa & mahasiswi berkhidmat sebagai sukarelawan kerja kebajikan.

Program-program:

Sahabat Penyayang

Sahabat Penyayang memberi warganegara Malaysia yang berminat dan komited peluang untuk khidmat secara sukarelawan melalui aktiviti-aktiviti anjuran PENYAYANG.

Kelab Penyayang
Kelab Penyayang telah ditubuhkan atas inisiatif Yayasan Budi Penyayang Malaysia di Institusi Pengajian Tinggi Malaysia. Ahli Kelab Penyayang di setiap universiti akan memilih sebuah badan kebajikan yang berdekatan dengan kampus mereka sebagai badan di bawah jagaan mereka. Mereka akan membantu badan kebajikan yang dipilih itu untuk suatu jangkamasa yang panjang. Mereka juga akan mengaplikasikan apa yang mereka belajar di dalam kursus mereka untuk menolong badan kebajikan tersebut.