|
|
Masyarakat Yang Prihatin
Fokus utama PENYAYANG adalah untuk memupuk dan memelihara pembangunan Keluarga Bahagia ke arah pembinaan dan pengukuhan Malaysia yang dinamik lagi progresif.
Yayasan Budi Penyayang Malaysia merupakan badan yang ditubuhkan untuk tujuan kebajikan. Yayasan ini bertujuan untuk membantu dan meningkatkan potensi individu serta masyarakat yang kurang bernasib balk supaya menjadi warganegara produkfif melalui bantuan yang bersesuaian.
PENYAYANG merupakan nama singkatan untuk Yayasan ini."
Antara objektif-objektif prihatin PENYAYANG adalah seperti berikut:‑
- Untuk memaju, menggalak dan / atau meningkatkan taraf pendidikan mereka yang
memerlukan.
- Untuk membantu individu-individu yang memerlukan keperluan khusus (golongan istimewa)
- Untuk menyediakan bantuan berupa wang tunai dan lain-lain bentuk bantuan kepada mangsa banjir, bencana alam, tanaman tidak berhasil, kebuluran dan kemarau.
- Untuk menyediakan rawatan perubatan dan ubatan kepada mereka yang memerlukan serta mereka yang menderita kesakitan.
- Untuk menyediakan bantuan kepada golongan miskin dan golongan kurang upaya disebabkan masalah tua, kesihatan, kurang bernasib baik, uzur, kemiskinan, atau status balu & anak yatim.
- Untuk membantu merawat penagih dadah, penagih arak serta mereka yang memerlukan pemulihan moral dan sosial atau bantuan kebajikan.
- Untuk meneruskan dan menyediakan skim atau program untuk meringankan penderitaan dan untuk merawat pelbagai penyakit.
- Untuk membantu membekalkan bahan dan peralatan yang diperlukan mereka yang sedang menjalani perniagaan atau mereka yang menceburi bidang pekerjaan tertentu.
- Untuk membantu usaha mewujudkan perniagaan yang dikenalpasti dalam bidang pengeluaran, kraftangan atau budaya seni bagi membolehkan mereka yang terlibat meningkatkan kemahiran supaya mereka dapat berdikari.
- Untuk membantu dan menggalakkan promosi penyelidikan, pembangunan dan peningkatan bidang saintifik, teknikal, industri, ekonomi, pertanian, alam sekitar, warisan budaya serta seni halus dan pada amnya untuk pembangunan dan pengkayaan manusia.
|