Falsafah
Falsafah PENYAYANG adalah untuk membolehkan individu atau kumpulan-kumpulan yang dikenalpasti mengembangkan potensi mereka supaya menjadi warganegara yang produktif & bertanggungjawab melalui sokongan dan bantuan yang bersesuaian.

Penghargaan
PENYAYANG menghargai setiap dermawan yang menyumbang terhadap kejayaannya. Hanya melalui sokongan dan bantuan dermawan yang budiman dan prihatin sahaja, objektif PENYAYANG dapat dijayakan.

Komitmen
PENYAYANG dengan penuh hemat akan mengagihkan dana yang disumbangkan oleh dermawan yang budiman untuk meningkatkan kualiti kehidupan rakyat Malaysia yang memerlukan, seiring dengan usaha membantu mereka meningkatkan potensi mereka sebagai rakyat yang produktif dan bertanggungjawab.