|
Program-program dibentuk untuk membantu penduduk tempatan dalam penimbaan ilmu yang relevan dan bersesuaian supaya mereka dapat memperolehi pekerjaan atau membuka perniagaan mereka sendiri
Misi
Untuk membantu penduduk tempatan menimba ilmu dan kepakaran supaya memudahkan mereka mendapat pekerjaan atau membuka perniagaan sendiri.
Objektif-objektif
- Untuk membina minat dan kepakaran sedia ada penduduk tempatan.
- Untuk menganjurkan bengkel/kursus yang dapat membina kepakaran yang relevan dan bersesuaian.
- Untuk bekerjasama dengan agensi kerajaan atau swasta yang releven untuk melaksanakan program-program membina kepakaran.
Program-program:
Teknologi Maklumat
PENYAYANG dengan kerjasama MAXIS menyediakan kursus komputer asas kepada ahliahli masyarakat tempatan. Projek Cyberlab ini mendapat sambutan yang hebat dari berbagai lapisan masyarakat tempatan.
Bengkel
Berbagai jenis bengkel dianjurkan di Pusat Budi Penyayang untuk semua golongan lapisan masyarakat tempatan. Bengkel batik, demonstrasi memasak, perhiasaan bunga dan berbagai jenis bengkel telah disambut dengan balk den membawa manfaat kepada masyarakat tempatan. |