Misi
Untuk memberi bantuan kewangan menyambung pendidikan ke institusi pengajian tinggi dan melaksanakan program untuk pembangunan masyarakat yang kurang bernasib baik.

Objektif-objektif

  • Untuk memberi bantuan kewangan kepada individu yang memerlukan bagi tujuan pendidikan.
  • Untuk menganjurkan program pendidikan yang relevan dan berguna bagi kumpulan sasar yang dikenalpasti.
  • Untuk membantu sekolah-sekolah mencapai taraf akademik yang unggul.

Program-Program:

Tadika Tutur

Yayasan Budi Penyayang Malaysia dengan kerjasama Universiti Kebangsaan Malaysia telah membantu menubuhkan sebuah tadika untuk kanak­-kanak yang kurang upaya mendengar. Pelajar-­pelajar ini telah menjalani pembedahan menanam koklea. Di tadika ini mereka ini mempelajari teknik 'auditory verbal' supaya dapat menerima pendidikan lanjutan di sekolah awam.

Tabung Pendidikan
Sebuah tabung pendidikan ditubuhkan untuk pelajar kurang upaya melanjutkan pelajaran ke institusi pendidikan tinggi ataupun untuk pelajar yang berminat mengikuti kursus berkaitan dengan program yang melibatkan kaedah membantu orang berlainan upaya.

Seminar dan Bengkel
Yayasan Budi Penyayang Malaysia sering menganjur­kan seminar dan bengkel untuk berbagai golongan masyarakat terutamanya bagi mereka yang menetap di kawasan luar bandar di seluruh negara.

Pameran Pendidkan dan Kerjaya
PENYAYANG menyedari keperluan pameran pendidikan & kerjaya dianjurkan di kawasan luar bandar untuk pelajar-pelajar luar bandar yang berhasrat untuk melanjutkan pelajaran mereka ke peringkat pengajian institusi tinggi. Yayasan Budi Penyayang Malaysia menganjurkan Pameran Pendidikan & Kerjaya ini setiap tahun & telah berjaya menarik ribuan pelajar yang berminat melanjutkan pelajaran mereka ke peringkat pengajian tinggi.

Kelas Tuisyen Percuma
Yayasan Budi Penyayang Malaysia merancang & membiayai kelas tambahan percuma untuk pelajar­pelajar sekolah yang memerlukan bimbingan tambahan bagi subjek-subjek tertentu tetapi tidak mampu untuk membayar bagi kelas tambahan.