Pusat Budi Penyayang beropemsi sebagai sebuah pusat komuniti untuk aktivifi-aktiviti yang dianjurkan oleh agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan.

Misi
Untuk berusaha kearah membangun dan memupuk kesejahteraan diantara individu di dalam masyarakat tanpa membeza antara bangsa, kaum dan agama, agar dapat membentuk sebuah masyarakat yang progresif dan dinamik.

Objektif-objektif

  • Untuk menganjurkan aktivifi komuniti yang dapat membentuk sifat kepimpinan di kalangan komuniti tersebut.
  • Untuk mengalakkan penyertaan organisasi/persatuan yang berniat balk dalam membentuk dan melaksanakan program untuk pembangunan masyarakat.
  • Unfuk mengumpul dan menjana kepakaran dan sumber untuk melaksanakan program-program berbentuk penimbaan ilmu yang relevan, pembangunan kemahiran dan pembentukkan sifat untuk warga tempatan kearah pembentuk­kan masyarakat penyayang menjelang tahun 2020.

Program-program:
Program-program dan aktivifi yang dilaksanakan dibahagi mengikut dua kategori;

  • Sinar Warga
  • Sinar Budiman

"Sinar Warga" akan menumpu kepada aktiviti untuk semua warga komuniti tempatan. Bidang yang diberi tumpuan termasuk kesihatan komuniti, mengurangkan jurang digital, isu semasa, dan sebagainya. Semua program yang dibentuk bagi kategori ini akan mengutamakan pembangunan masyarakat.

"Sinar Budiman" akan menumpu kepada golongan pendidik, guru dan kanak-kanak bersekolah. Program yang dibentuk untuk kategori ini bertujuan meningkatkan kemahiran guru. Program ini juga mungkin di bentuk untuk membantu kanak-kanak bersekolah dengan pembelajaran dan penimbaan kemahiran.