pe
img
img
Budaya & Warisan

PENYAYANG menyokong penuh hasrat kerajaan untuk mempromosikan budaya, seni & warisan Malaysia. Menyedari kekangan dan kekurangannya PENYAYANG akan hanya memberi tumpuan kepada aspek budaya, seni dan warisan Malaysia yang telah dikenalpasti. PENYAYANG juga akan cuba memberi sokongan kepada inisiatif lain bagi mempromosikan budaya, seni dan warisan Malaysia.

Misi
Untuk mengembalikan zaman kegemilangan budaya, seni dan warisan Malaysia.

Objektif

• Untuk mengenal pasti aspek budaya, seni dan warisan Malaysia yang dapat dibangunkan dan dipromosikan.
• Untuk menyokong inisiatif tempatan dalam mempromosikan dan membangunkan budaya, seni dan warisan Malaysia.
• Untuk melaksanakan program-program yang selaras dengan hasrat Kementerian Kebudayaan, Seni & Warisan bagi mempromosikan dan memban­gunkan budaya, seni & warisan Malaysia.

Program-program:
Semua program dibentuk untuk menyokong program-program Kementerian Kebudayaan, Seni & Warisan. PENYAYANG telah memilih untuk (i) mengembalikan kegemilangan pakaian nyonya kebaya & (ii) mempromosikan industri batik. Pameran bergerak nyonya kebaya sedang diusahakan.

Pergerakan Malaysia Batik: Ciptaan untuk Dunia sedang melaksanakan program-program untuk mempromosikan industri batik tempatan secara aktif dan agresif.

PENYAYANG sentiasa menhulurkan sokongan kepada kegiatan teater tempatan dan ia merupakan salah satu daripada pengasas-pengasas Pentas Seni Kuala Lumpur (KLPAC).

PENYAYANG juga memberi sedikit sumbangan kewangan tahunan kepada individu atau organisasi yang terlibat dalam pembangunan budaya, seni dan warisan Malaysia yang memenuhi syarat-syarat tertentu.

Malaysia Batik Crafted for the World Movement