
PENYAYANG berhasrat untuk memberi kegembiraan dan keriangan kepada rakyat Malaysia yang kurang bernasib baik. Hasrat ini akan tercapai dengan adanya sokongan & bantuan daripada semua rakyat Malaysia yang prihatin.
Lembaga Pemegang Amanah ingin merayu kepada anda/syarikat anda untuk turut bersama usaha PENYAYANG dengan menghulurkan bantuan serta memberikan sokongan padu untuk menjayakan cita-cita murninya. Bak kata pepatah, tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima.
Sumbangan anda ini bukan sahaja membantu dari segi lahiriah, bahkan juga mencerminkan rasa prihatin, belas kasihan dan simpati anda bagi meringankan masalah rakyat Malaysia yang memerlukannya.
Sukacita saya mempelawa anda semua menyertai usaha kami ke arah menjayakan projek-projek pembangunan komuniti.
Semoga anda sekeluarga diberkati Allah.
Tun Endon Mahmood
Pengasas
23.9.2005
