Galeri Seri Endon
 

Galeri Seri Endon dinamakan sempena YABhg. Datin Paduka Seri Endon Mahmood, Allahyarhamah kepada Perdana Menteri Malaysia kelima. Minat dan wawasan beliau terhadap seni kraftangan tempatan telah merealisasikan penubuhan Malaysia Batik: Crafted for the World Movement, yang merupakan satu pergerakan yang memperjuangkan Batik Malaysia. Pelbagai program dan aktiviti telah dijalanakan di bawah Pergerakan ini termasuk Pertandingan Rekabentuk Batik Piala Seri Endon, di mana ia menyediakan satu platform untuk penghargaan dan galakan kepada bakat pembuatan batik di Malaysia. 

Galeri Seri Endon telah dibangunkan untuk memupuk bakat pemenang hadiah Piala Seri Endon bersama dengan bakat-bakat batik yang lain yang terlibat dengan Pergerakan ini.

Galeri Seri Endon menawarkan produk batik yang terbaik. Untuk fesyen dan aksesori, tenunan, cenderahati, kraftangan, fabrik, hiasan rumah terkini dan sebagainya, sila kunjungi Galeri Seri Endon.

Perkhidmatan Istimewa:
Galeri Seri Endon menyediakan perkhidmatan rekabentuk fesyen dan jahitan batik berdasarkan “Atas Temu Janji” untuk memastikan kepuasan optima kepada pelanggan.

Perkhidmatan Rekabentuk Dalaman Batik
Ingin menghias rumah atau pejabat anda dengan batik? Galeri Seri Endon pasti menyempurnakannya untuk anda.

Galeri Seri Endon - 1.02 Ground Floor, Epicure 1, Jalan Medan Setia, Bukit Damansara, 50490 Kuala Lumpur, Malaysia.
Tel: 603-2095 0022 | Faks: 603-2095 5022 | Facebook: GSEofficial | E-mel: galeriseriendon@hotmail.com | Laman Web Galeri Seri Endon

Back to Top