Sorotan Malaysia Batik - Crafted For The World Movement 2003 - 2007
 
 
2003 Batik Extravaganza

Tun Endon telah melancarkan Malaysia Batik – Crafted For The World Movement dan Pertandingan Rekabentuk Batik Piala Seri Endon pada 2003.

Perayaan hujung tahun menyaksikan Batik Extravaganza yang termasuk di dalam Batik StreetCarnival. Ia diadakan di sekitar kawasan Bukit Bintang dengan suasana penuh karnival dengan pelbagai keseronokan, permainan, pertunjukan fesyen, konsert bersama artis popular dan bazar batik di pasaraya di sekitar Lembah Klang. Terdapat juga Batik Fun Walk – untuk menarik perhatian ramai melalui karnival yang berorientasikan seisi keluarga. 

Disamping itu juga, terdapat aktiviti jualan Batik dan pertunjukan seni kraftangan. Pameran dan demonstrasi juga dipersembahkan di beberapa pasaraya dan hotel. 

2004 Sharing With The Nation

Roadshow yang telah diadakan di Pulau Pinang (5 dan 6 Jun 2004) dan Sabah (23 Julai 2004). Pertunjukan fesyen yang mempamerkan penyertaaan dan pameran Piala Seri Endon yang menerangkan Malaysia Batik – Crafted For The World Movement  di Pulau Pinang dan Sabah.

Perjumpaan antara Pembeli-Penjual dan Seminar berkenaan peluang penjenamaan dan rangkaian, termasuk pertunjukan fesyen gala di mana Kuala Lumpur International Batik (KLIB) Convention & Exhibition 2005 dilancarkan, dan  merupakan acara utama program hujung minggu yang diadakan pada September 2004. 

Batik Week 2004 sekali lagi menyaksikan suasana karnival dengan pelbagai keseronokan, permainan, pertunjukan fesyen, konsert bersama artis popular dan bazar batik di beberapa pasaraya di Lembah Klang. 

Piala Seri Endon: Fesyen dan Tenunan. Kategori kedua yang telah ditambah dalam pertandingan reka corak batik. Jumlah penyertaan adalah tinggi semasa tahun kedua pertandingan ini. 

2005 Sharing With The World

Terdapat banyak acara dan promosi antarabangsa yang dianjurkan oleh Malaysia Batik – Crafted For The World Movement  pada 2005.

Tahun tersebut bermula dengan hebat! Pada bulan Januari, terdapat satu acara dinamakan An Italian Affair: Batik Expression, di mana batik Malaysia telah digunakan oleh pereka fesyen Itali. Pada bulan Mei, batik Malaysia telah dipamerkan di The Hague. Pada bulan Jun, batik Malaysia telah digunakan oleh seorang pereka Itali, Mariella Ferrera dan ditransformasikan ke pakaian mandi. Ia telah dipaparkan di Italian State TV.

Pada bulan September, pemenang Piala Seri Endon, Masrina Abdullah telah bekerjasama dengan jenama fesyen Itali, Roberto di Camerino yang telah menghasilkan pelbagai busana santai dan malam yang dipersembahkan di Milan catwalk sebagai sebahagian daripada pertunjukan Fesyen Musim Luruh/Sejuk.

Pada bulan Disember – Kuala Lumpur International Batik (KLIB) Convention & Exhibition 2005 telah diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra buat pertama kali. Batik Week 2005, dengan pelbagai keseronokan, permainan, pertunjukan fesyen dan bazar batik juga telah diadakan di beberapa pasaraya di Lembah Klang semasa KLIB berlangsung.

Yayasan Budi PENYAYANG Malaysia telah melancarkan World Batik Council (WBC)bersama ahli-ahli dari seluruh dunia. CEO PENYAYANG, Dato’ Leela Mohd Ali, dilantik sebagai Pengerusi WBC yang pertama.

Satu kategori baru telah ditambah untuk Piala Seri Endon yang kini mempunyai tiga kategori: Fesyen, Tenunan dan Kraftangan.

Malangnya, penaung kami, Tun Endon Mahmood telah meninggal dunia pada 20 Oktober sebelum KLIB 2005 bermula. Pergerakan ini telah kehilangan seorang penaung yang amat dikasihi dan ternyata industri ini telah kehilangan seorang juara yang dihargai. Perdana Menteri pada ketika itu, Tun Abdullah bin Ahmad Badawi telah mengambil alih sebagai penaung Malaysia Batik – Crafted For The World Movement supaya usaha allahyarhamah Tun Endon akan berterusan. 

2006 Malaysia Batik Goes Global

Untuk Fasa 4, antara tahun 2006 dan 2007, tema kami adalah Malaysia Batik Goes Global. Usaha untuk memperkenalkan batik Malaysia ke luar negara dengan kunjungan ke Bahrain, di mana batik digunakan oleh pereka fesyen tempatan yang terkenal untuk hasil ciptaan mereka.

Pada bulan Mei 2006, bengkel batik telah diadakan di Seri Endon Victory Ventures Campsyang dijalankan khusus untuk kanak-kanak di Pulau Pinang untuk mengenali batik dan menyerlahkan kreativiti mereka secara berkumpulan. Semua lukisan yang dipamerkan disumbangkan kepada Cancerlink. 

Cancerlink Cancer Camps juga telah diadakan pada bulan Mei. Batik digunakan sebagai terapi untuk pesakit kanser yang pulih di dalam program ini yang diadakan di Bukit Fraser dengan jumlah penyertaan sebanyak 84 peserta. Semua lukisan kemudiannya dipamerkan semasa Batik Week 2006.

PENYAYANG telah dijemput untuk membuka Laman Batik Seri Endon di Festival Landskap dan Taman Antarabangsa yang diadakan pada bulan Jun 2006. Acara tersebut, telah diadakan di Taman Tasik di Kuala Lumpur, termasuk demonstrasi batik dan pertunjukan fesyen yang dihadiri oleh Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Fauziah Tengku Abdul Rashid. 

Persatuan Batik Malaysia Ditubuhkan

PENYAYANG telah melancarkan Persatuan Batik Malaysia pada bulan November 2006 untuk menarik perhatian pemegang saham industri batik supaya mereka mempunyai pilihan. CEO PENYAYANG Dato’ Leela Mohd Ali adalah pengerusinya.

Bengkel Kraftangan Batik – Satu Bengkel Kraftangan Batik telah diadakan. Para penceramah di acara ini termasuklah Pembantu Pengarah Kajian & Kemajuan Kraftangan Malaysia, Ketua Seni & Reka Limkokwing University of Creative Technology dan seorang pendidik yang bercakap berkenaan aspek-aspek pertandingan. 

Piala Seri Endon 2006: Fesyen, Tenunan dan Kraftangan. Tiada kategori lanjut ditambah untuk pertandingan ini. PENYAYANG berasa bahawa tibalah masa untuk menyemak semula undang-undang dan peraturan Piala Seri Endon dan telah berjumpa dengan beberapa pakar peneraju negara. Tiada perubahan besar dibuat.

Batik Week 2006 – Karnival ini diteruskan lagi dengan pelbagai keseronokan, permainan, pertunjukan fesyen, konsert bersama artis popular dan bazar batik di pasaraya di sekitar Lembah Klang. 

2007 Malaysia Batik Goes Global

Pelancaran Galeri Seri Endon. Pada bulan Ogos, Galeri Seri Endon yang mempamerkan beberapa produk pemenang Piala Seri Endon dan juga hasil seni pereka fesyen yang terkenal telah dilancarkan oleh Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah.

Pada bulan September, pemenang Piala Seri Endon, Masrina Abdullah telah bekerjasama dengan jenama fesyen Itali, Roberto di Camerino yang telah menghasilkan pelbagai jenis busana santai dan malam yang dipersembahkan di Milan catwalk sebagai sebahagian daripada pertunjukan Fesyen Musim Luruh/Sejuk.

Projek Kajian Pencelup Alami. Diberikan anugerah oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) untuk kajian pencelup alami, satu pasukan pengkaji telah ditubuhkan. Hasil usaha yang telah dilakukan dipersembahkan di KLIB oleh Edric Ong, seorang ahli pasukan pengkaji tersebut.

Pada bulan November dan Disember 2007, acara berikut telah dijalankan secara serentak:

  • Kuala LumpurInternational Batik Convention & Exhibition 2007 telah dijalankan dengan jayanya di Pusat Konvensyen KLCC
  • Piala Seri Endon
  • Batik Fun Walk
  • The Malaysia International Batik Festival
Back to Top