Malaysia Batik : Crafted for the World - Pengenalan

image.

Malaysia Batik – Crafted for the World Movement telah ditubuhkan oleh Yayasan Budi Penyayang Malaysia (Pada 2003, Penyayang dinaungi oleh allahyarhamah Tun Endon Mahmood, bekas isteri Perdana Menteri Malaysia kelima. Salah satu daripada objektif pergerakan ini adalah untuk memastikan hubungan, pertumbuhan dan kemajuan industri batik di Malaysia.

Penyayang dan semua anak syarikat miliknya, Batik Guild Sdn Bhd adalah penganjur aktiviti-aktiviti Malaysia Batik: Crafted for the World Movement. 

 

Pergerakan dan Matlamatnya

 

Dilancarkan di Marriot Hotel, Kuala Lumpur pada 8 September 2003. Malaysia Batik: Crafted for the World Movement adalah wawasan dan inisiatif Allahyarhamah Tun Endon Mahmood. Minat dan obsesi beliau terhadap seni kraftangan dan tradisi tempatan telah menyerlahkan kebangkitan alaf baru yang menghidupkan kembali kebanggaan kraftangan Malaysia di peringkat tempatan juga antarabangsa.

 

Malaysia Batik: Crafted for the World Movement telah dianggap sebagai pergerakan jangka panjang yang memperjuangkan industri Batik. Kesungguhan dan minat mendalam Tun Endon terhadap industri batik telah diserlahkan dan direalisasikan melalui pergerakan ini yang menggalakkan lagi kreativiti, pertunjukan dan mengenal pasti bakat di samping mengangkat martabat batik Malaysia ke persada antarabangsa.

 

OBJEKTIF PERGERAKAN ini adalah:

  • Untuk menyerlahkan kegemilangan industri batik Malaysia dan mempersembahkan keindahannya di peringkat tempatan dan antarabangsa.
  • Untuk memastikan hubungan jangka panjang, pertumbuhan dan kemajuan industri batik Malaysia.
  • Untuk memperbaik kebajikan ekonomi pengusaha batik yang kecil, terutamanya di kawasan pendalaman.
  • Untuk menggalakkan lagi inovasi dalam rekabentuk, penggunaan bahan dan teknologi ke arah industri batik yang lebih baik.
  • Untuk mengenali dan mencipta pasaran untuk kegunaan produk batik.
  • Untuk memantapkan lagi seni batik sebagai sebahagian daripada identiti dan personaliti Malaysia.
Back to Top