Kelab Penyayang 
img

Penubuhan Kelab Penyayang merupakan inisiatif Yayasan Budi Penyayang Malaysia di mana ia telah ditubuhkan di beberapa buah Pusat Pengajian Tinggi di Malaysia. Sehingga kini, terdapat sebanyak 22 buah Kelab Penyayang di Universiti Awam dan Swasta.

Objektif Penubuhan Kelab Penyayang adalah :

  • Untuk mengenalpasti dan mengambil sebuah rumah kebajikan seperti rumah anak yatim, rumah warga tua atau rumah kanak-kanak istimewa sebagai rumah angkat, tujuannya adalah untuk memberi bantuan berterusan secara sukarela kepada rumah tersebut.
  • Untuk menolong mahasiswa memahami cara pengurusan rumah kebajikan, supaya mahasiswa dapat menyumbang kepada rumah-rumah kebajikan yang memerlukan kepakaran pengurusan selepas mereka menamatkan pengajian.
  • Untuk mengalakkan pembentukan sahsiah mahasiswa yang mempunyai sikap penyayang dan saling menghormati antara satu sama lain.
  • Untuk membudayakan kerja sukarela.

Senarai Kelab Penyayang di Universiti adalah seperti berikut :

  1. Kelab Penyayang Universiti Teknologi MARA (UiTM) , Shah Alam
  2. Kelab Penyayang Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI), Perak
  3. Kelab Penyayang Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang
  4. Kelab Penyayang Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Terenganu
  5. Kelab Penyayang Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai
  6. Kelab Penyayang Universiti Limkokwing, Cyberjaya
  7. Kelab Penyayang Universiti Teknologi MARA (UiTM), Pulau Pinang
  8. Kelab Penyayang Universiti Malaysia Pahang (UMP), Kuantan
  9. Kelab Penyayang Management & Science University (MSU), Shah Alam
  10. Kelab Penyayang Universiti Kuala Lumpur Cawangan MIAT, Dengkil
  11. Kelab Penyayang Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi
  12. Kelab Penyayang Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok
  13. Kelab Penyayang Universiti Malaya (UM), Lembah Pantai
  14. Kelab Penyayang Universiti Malaysia Sarawak (Unimas)
  15. Kelab Penyayang Universiti Selangor (Unisel), Bestari Jaya
  16. Kelab Penyayang Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Arau
  17. Kelab Penyayang Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang
  18. Kelab Penyayang Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai
  19. Kelab Penyayang Teknikal Malaysia Melaka (Utem), Melaka
  20. Kelab Penyayang Universiti Malaysia Sabah (UMS), Kota Kinabalu
  21. Kelab Penyayang Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Sungai Besi
  22. Kelab Penyayang Universiti Tun Hussein Onn (UTHM), Batu Pahat
Back to Top