Kuala Lumpur International Batik Convention & Exhibition
Dianjurkan oleh Yayasan Budi Penyayang, Kuala Lumpur International Batik (KLIB) Convention & Exhibition telah diadakan buat pertama kali pada 2005. Dengan barisan penceramah dari 15 negara berlainan, Konvensyen tersebut telah dihadiri lebih kurang 500 orang dari pelbagai bidang – artis, pereka, pelajar, pensyarah, individu yang terlibat dalam industri batik dan kraftangan, peminat dan pencinta batik. Pameran tersebut, yang mempunyai pelbagai fesyen batik telah menerima lebih dari 10,000 pengunjung.  

Kuala Lumpur International Batik Convention (atau Konvensyen KLIB 2011) telah direka untuk menjadi sebuah acara ikonik yang mempamerkan pelbagai dimensi batik – seni dan kraf, teknik dan teknologi, pemasaran dan perniagaan – kepada dunia.

Persidangan ini bertekad menjadi platform untuk:
  • Memperluaskan rangkaian antarabangsa untuk peminat batik
  • Memupuk hubungan rapat di antara negara pengeluar
  • Menganjurkan forum untuk kraf batik dan industri seluruh dunia
  • Berkongsi teknik, inovasi teknologi dan strategi pemasaran untuk kraf batik dan industri
  • Memberikan tumpuan kepada hubungan, pertumbuhan, kemajuan dan kepentingan jangka panjang kraf batik dan industri secara antarabangsa


Dari segi dasarnya, Konvensyen ini akan menjadi contoh kepada gabungan kehebatan estetika seni dan kraf Batik tradisional dan kontemporari, dengan teknologi canggih dan strategi pemasaran untuk disaksikan dan dikongsi dengan dunia.

 

Senarai Pembentang kertas kerja KLIB 2011

1. Mr. Ray Pierotti - surface design for painters, weavers, textile designers and interior & architectural designers - USA

2. Mr. Alexsey Zaytsev - The connection of the variety of technics in art works of batik - Azerbaijan

3. Ms. Miyoko Kawahito - Ori-nui Shibori (Folded and Stitched Tie-dyeing) Technique using Awa Natural Indigo- Japan

4. Ms. Lee Creswell - Creating a batik using Cold Liquid Wax and Seaweed Solution - UK

5. Ms. Monika Salva - batik-diversified textures of wax in contemporary textiles -India

6. Ms. Susan Fell McLean - Fabric, Fine art and Future directions - Australia

7. Ms. Kamal Dollah - Community Batik - Singapore

8. Mr. Chintaka Indrajith Ratnayake - batik for the tourist industry in kandy, Sri Lanka - Sri Lanka

9. Mr. Ali Nourizadeh - Azeri batik in Iran: the fabric of craftsmen and artists - Iran

10. Ms. Janet Stoyel - Resist in the West - UK

11. Ms. Kiranada Sterling Benjamin - RO-KATA: Innovative use of wax-resist stencil design- USA

12. Ms. Joan, Sunghee Kim - Clamp resistant dyeing in China - Korea

13. Ms. Asmorodewi Damais - The use of indigo blue and sago brown in the Batik of Java - Indonesia

14. Mr. Thomas Brandt - Sustainable consumption of Production (SCP) - Globalization and Greening the Supply Chain - USA

Malaysian Speakers

1. Prof. Dato' Najib Dawa - Malaysia Batik

2. Prof. Madya Khairul Aidil Azlin - Enhancement of Batik Indigenous Design Through Indigenous Knowledge

3. Dr. Nazlina Shaari - Environment Friendly Mordant for Natural Dyeing Process in Batik

4. Mr. Edric Ong - Asian Textiles in world fashion

5. Mr. Eddie Yap - From canting to textural brush strokes to shibat (shibori+batik)

Borang penyertaan boleh dimuat turun disini

 

img

Back to Top