
"“Kembara Pameran Kebaya yang menggabungkan koleksi Kebaya Nyonya Allahyarhamah Tun Endon Mahmood.” "
PENGENALAN
Yayasan Budi Penyayang Malaysia (PENYAYANG), dinaungi oleh YABhg Tun Endon Mahmood, bekas isteri Perdana Menteri Malaysia kelima. Ia merupakan sebuah yayasan yang ditubuhkan pada 2 Ogos 2000 untuk tujuan kebajikan.
Objektif
Antara objektif kebajikannya adalah untuk “Membantu mempromosikan kajian, pembangunan dan pelanjutan warisan kebudayaan dan seni halus dan secara umumnya untuk kemajuan dan memperkayakan insan sejagat.”
Kebangkitan Alaf Baru
Minat dan obsesi Allahyarhamah Tun Endon dalam mempromosikan warisan kebudayaan dan memelihara martabatnya bermula dengan hasil usahanya untuk Kebaya Nyonya, terutamanya dengan penerbitan buku The Nyonya Kebaya: A Showcase of Nyonya Kebayas from the Collection of Tun Endon Mahmood pada tahun 2002. Beliau telah melawat pelbagai tempat di Pulau Pinang, Melaka dan Singapura, menemuramah mereka yang berpengetahuan luas dalam bidang ini yang terdiri daripada ahli-ahli komuniti Baba dan Nyonya. Kajian ini telah memberikan suatu wawasan berkenaan dengan budaya yang menghasilkan, antara lainnya, Kebaya Nyonya. Buku ini telah dilancarkan pada 2 November 2002 di Shangri-La Hotel, Kuala Lumpur.
Apa yang berlaku seterusnya boleh dikatakan sebagai suatu kebangkitan – dengan minat terhadap kebaya sebagai ikon busana fesyen di Malaysia dan juga dalam budaya Peranakan secara menyeluruh. Buku-buku lama berkenaan dengan baju kebaya, aksesori yang berkaitan dan budaya Peranakan sememangnya sudah lapuk ditelan zaman dan kini telah diterbitkan dalam edisi terbaru.
Acara-acara penting yang telah membantu mempromosikan kebaya nyonya sebagai warisan kebudayaan Malaysia dijelaskan seperti di bawah:
Edisi kedua buku tersebut, bertajuk The Nyonya Kebaya: A Century of Straits Chinese Costume, telah diterbitkan oleh Periplus Edition pada 2004, telah dilancarkan di Muzium Negara Kuala Lumpur, dan kini diedarkan di seluruh dunia.
Budaya PeranakanPedagang Cina mula datang ke Asia tenggara di sekitar kurun ke-13 dan ke-14 dan menetap di Melaka dan kawasan persisiran pantai di Jawa dan Sumatera. Semasa mereka menetap sementara dalam tempoh yang panjang di rantau ini, ramai di antara mereka yang telah berkahwin dengan perempuan tempatan dan hidup berkeluarga di kebanyakkan bandar pelabuhan. Dipercayai bahawa, Cina Peranakan merupakan keturunan daripada keluarga awal ini. Walaupun mereka menggunakan bahasa dan mengamalkan budaya tanah kediaman mereka pada masa itu, kaum Peranakan masih mengekalkan banyak kepercayaan dan amalan tradisional mereka. Mereka juga meneruskan hasil usaha nenek moyang mereka dan meraikan perkahwinan dan festival menurut dengan adat istiadat Cina.
Lelaki Peranakan diberikan gelaran hormat Baba, manakala untuk kaum perempuannya, Nyonya. Secara tradisionalnya, wanita Peranakan adalah suri rumah. Selain daripada menguruskan hal rumah, salah satu daripada kerja yang memakan masa adalah minat mendalam mereka dalam kerja-kerja manik dan sulaman. Ini adalah kerana kualiti kerja tangan diukur melalui kemampuan perkahwinan mereka. Kebolehan mereka untuk menghasilkan seni kraf yang amat cantik bukan sahaja diserlahkan dengan sempurna oleh kemahiran dan kesabaran Nyonya, bahkan juga oleh asuhan dan didikan mereka yang sangat tegas dan sewajarnya. Dengan itu, kebanyakkan hasil manik dan sulaman Peranakan adalah produk yang terhasil daripada persiapan perkahwinan yang begitu teliti.
Kebaya NyonyaKebaya ini dipercayai telah wujud pada kurun ke-19 dan pertama kali dipakai oleh Nyonya Serani berbangsa Belanda dalam bentuk kebaya renda (kebaya yang dihiasi dengan renda).