Piala Seri Endon
Pertandingan Tahunan Reka Corak Batik sempena nama Tun Endon Mahmood.

Etos
Piala Seri Endon diwujudkan untuk mencungkil dan menyediakan platform untuk sokongan, penghargaan dan galakan kepada bakat Malaysia yang menghasilkan batik. Ia adalah acara tahunan terbuka kepada warga Malaysia berumur 18 tahun ke atas. Ia juga merupakan sebahagian daripada pergerakan Malaysia Batik – Crafted For The World, yang telah dilancarkan oleh Alahyarhamah Tun Endon pada 2003.

Kategori Pertandingan
Pada 2003, terdapat hanya satu kategori di dalam pertandingan ini – iaitu Fesyen. Kategori Kemasan Lembut telah ditambah pada 2004. Manakala kategori kraftangan pula telah ditambah pada 2005. Penambahan kategori adalah selaras dengan matlamat pergerakan ini untuk memperluaskan lagi dasar produk ini di mana produk batik boleh dipelbagaikan untuk melonjakkan jualan batik secara menyeluruh.

Di dalam semua kategori, Fesyen mendapat sambutan yang paling popular dikalangan peserta dan pastinya menerima banyak penyertaan. Dengan pengecualian pada 2005, Tenunan telah menerima penyertaan yang paling sedikit, ini berkemungkinan kerana untuk menyiapkan barangan tersebut ia memerlukan jumlah kain ela yang banyak dan ini bermakna lebih banyak kerja dan lebih perbelanjaan. Sementara seni kraftangan pula dianggap sebagai kategori yang mudah untuk disertai, para hakim secara umumnya mendapati penyertaan tidak berdasarkan piawai yang tinggi. Dalam tahun pertama pertandingan ini, hadiah pertama tidak diberikan. Pada 2006, piawainya telah dinaiktarafkan. Namun, pada 2007, daripada 25 penyertaan, hanya enam yang layak ke Pusingan 2. Pada 2008, walau bagaimanapun, 12 peserta telah layak ke Pusingan Akhir. Pada 2009, 17 peserta layak ke Pusingan 2.

Piala
Reka corak piala yang rumit ini menyerlahkan blok tangan – digunakan untuk membuat batik. Ia dibuat dengan kayu balak eksotik dan pewter berkualiti yang digilap, piala ini setinggi 18 inci (lebih kurang 460mm) dan seberat 6.5kg. Piala Cabaran yang asli disimpan oleh Penganjur untuk kegunaan acara tahunan ini. Nama pemenang akan diukir di plak di bahagian belakang piala. Para pemenang akan diberikan replika kecil seberat 2kg sementara hadiah sagu hati pula akan menerima sebuah replika 1.5kg.

Royal Selangor, jenama pewter Malaysia dengan outlet jualan seluruh dunia, telah memberikan sumbangan piala sejak dari 2003.

Hadiah Wang Tunai:
Hadiah wang tunai untuk setiap kategori pertandingan adalah seperti berikut:
Hadiah Pertama: RM30,000 | Hadiah Kedua: RM10,000 | Hadiah Ketiga: RM5,000
Juga terdapat lima hadiah sagu hati bernilai RM1,000 setiap seorang. Jumlah hadiah wang tunai untuk ketiga-tiga kategori adalah RM150,000.

Muat Turun Borang

Back to Top