
Pusat Budi Penyayang beroperasi sebagai sebuah pusat komuniti untuk aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan.
MISI
Untuk berusaha ke arah membangun dan memupuk kesejahteraan diantara individu di dalam masyarakat tanpa membeza antara bangsa, kaum dan agama, agar dapat membentuk sebuah masyarakat yang progresif dan dinamik.
Objektif
Program-program:
Program-program dan aktiviti yang dilaksanakan dibahagi mengikut dua kategori;
"Sinar Warga" akan menumpu kepada aktiviti untuk semua warga komuniti tempatan. Bidang yang diberi tumpuan termasuk kesihatan komuniti, mengurangkan jurang digital, isu semasa, dan sebagainya. Semua program yang dibentuk bagi kategori ini akan mengutamakan pembangunan masyarakat.
"Sinar Budiman" akan menumpu kepada golongan pendidik, guru dan kanak-kanak bersekolah. Program yang dibentuk untuk kategori ini bertujuan meningkatkan kemahiran guru. Program ini juga mungkin di bentuk untuk membantu kanak-kanak bersekolah dengan pembelajaran dan penimbaan kemahiran.
Pusat Budi Penyayang - Lot 2462, Jalan Bertam 2, Kepala Batas, 13200, Seberang Perai Utara , Pulau Pinang.
Tel: 604-579 1229 Fax: 04- 579 2912