img
img
Pembangunan Kemahiran

Program-program direka untuk membantu penduduk tempatan dalam penimbaan ilmu yang relevan dan bersesuaian agar mereka dapat memperolehi pekerjaan atau membuka perniagaan mereka sendiri.

Misi
Untuk membantu penduduk tempatan menimba ilmu dan kepakaran untuk memudahkan pencarian kerja atau untuk menjalankan perniagaan sendiri.

Objektif

  • Untuk membina minat dan kepakaran sedia ada di kalangan penduduk tempatan.
  • Untuk menganjurkan bengkel/kursus yang dapat membina kepakaran yang relevan dan bersesuaian.
  • Untuk bekerjasama dengan agensi kerajaan atau swasta yang releven untuk melaksanakan program-program membina kepakaran.


Program-program:
Teknologi Maklumat
PENYAYANG bekerja-sama dengan MAXIS untuk menyediakan kursus komputer asas kepada ahli­-ahli masyarakat tempatan. Projek Cyberlab ini mendapat sambutan yang hebat dari pelbagai lapisan masyarakat tempatan.

Bengkel
Berbagai jenis bengkel dianjurkan di Pusat Budi Penyayang untuk semua golongan lapisan masyarakat tempatan. Bengkel batik, demonstrasi memasak, perhiasaan bunga dan berbagai jenis bengkel telah disambut dengan baik dan membawa manfaat kepada masyarakat tempatan.