Tadika Tutur
Yayasan Budi Penyayang Malaysia (PENYAYANG) dengan kerjasama Universiti Kebangsaan Malaysia telah membantu menubuhkan sebuah tadika untuk kanak-kanak yang kurang upaya mendengar. Pelajar-pelajar ini telah menjalani pembedahan menanam koklea. Di tadika ini mereka ini mempelajari teknik ‘auditory verbal’ supaya dapat menerima pendidikan lanjutan di sekolah awam.
Unit TUTUR merupakan pusat intevensi awal yang menyediakan perkhidmatan rehabilitasi aural (terapi pertuturan) kepada kanak-kanak yang mempunyai masalah pendengaran.