Visi
Berganding Bahu Mengharungi RintanganPENYAYANG akan menempuh bersama golongan yang kurang bernasib baik dengan penuh prihatin, belas kasihan, simpati dan terus berjuang untuk hari esok yang lebih gemilang.
PENYAYANG dengan segala upayanya akan cuba untuk meringankan penderitaan dan memangkin kejayaan individu dari segi fizikal dan psikologi, agar semua rakyat Malaysia mampu membina impian dan merealisasikannya.
Pegangan Prinsip
PENYAYANG dengan penuh hemat akan mengagihkan dana yang disumbangkan oleh dermawan yang budiman untuk meningkatkan kualiti kehidupan rakyat Malaysia yang memerlukan, seiring dengan usaha membantu mereka meningkatkan potensi mereka sebagai rakyat yang produktif dan bertanggungjawab.