Selaras dengan hasrat kerajaan Malaysia untuk membentuk sebuah masyarakat penyayang menjelang tahun 2020, Yayasan Budi Penyayang Malaysia telah melaksanakan beberapa strategi untuk memastikan pembinaan masyarakat penyayang tersebut. Usaha untuk membolehkan warga negara menghayati semangat kesukarelawan dilihat sebagai strategi yang efektif.
PENYAYANG percaya budaya sukarela dapat dibentuk dikalangan semua rakyat Malaysia. Seiring dengan kepercayaan ini PENYAYANG telah membentuk dua program iaitu
(i) Sahabat Penyayang
(ii) Kelab Penyayang
Objektif
Program-program:
Sahabat Penyayang
Sahabat Penyayang memberi warganegara Malaysia yang berminat dan komited peluang untuk khidmat secara sukarelawan melalui aktiviti-aktiviti anjuran PENYAYANG.
Kelab Penyayang
Kelab Penyayang telah ditubuhkan atas inisiatif Yayasan Budi Penyayang Malaysia di Institusi Pengajian Tinggi Malaysia. Ahli Kelab Penyayang di setiap universiti akan memilih sebuah badan kebajikan yang berdekatan dengan kampus mereka sebagai badan di bawah jagaan mereka. Mereka akan membantu badan kebajikan yang dipilih itu untuk suatu jangkamasa yang panjang. Mereka juga akan mengaplikasikan apa yang mereka belajar di dalam kursus mereka untuk menolong badan kebajikan tersebut.